![]()
Sukar menjajarkan item soalan dengan DSKP?
Ramai guru menghadapi cabaran besar membina item soalan yang menepati konteks pengajaran dengan kehendak DSKP. Akibatnya, murid tidak diuji secara tepat dan keputusan ujian kurang mencerminkan kebolehan sebenar murid.
Sukar Merancang Item Ujian ?
Adakah anda penat membuang masa mengurus Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) yang rumit? Ramai guru bergelut menyeimbangkan kehendak DSKP, tahap kognitif, dan format soalan yang tepat. Akibatnya, item ujian sering tidak lengkap atau tidak selaras dengan objektif pembelajaran.
✅ Selaras dengan DSKP
✅ Tepat untuk setiap tahap kognitif murid
✅ Seimbang dan sistematik
Apa yang pengguna kami katakan tentang SiPantik:
“Saya dapat membina item ujian dengan merancang item ujian dalam Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) melalui SiPantik.”
Mark Boy bin Matini, SMK Tambulion
Pening Kepala Mahu Seimbangkan Wajaran Aras Kesukaran Item?
Adakah anda sering menghadapi ujian yang gagal mencerminkan tahap sebenar murid? Soalan terlalu mudah sehingga semua lulus tanpa usaha, atau terlalu sukar hingga majoriti gagal? Akibatnya, keputusan ujian tidak boleh dipercayai, prestasi murid tidak dapat dinilai dengan tepat, dan matlamat pembelajaran tidak tercapai.
Ujian Tidak Seimbang: Risiko Besar kepada Keberkesanan Pentaksiran Anda!
Adakah ujian anda hanya menumpukan pada satu atau dua topik, menyebabkan topik lain tidak diberi perhatian? Adakah konstruk item soalan anda lebih berat kepada pengingatan dan kurang menguji pemikiran kritis?
✅ Menyeimbangkan ujian bagi memastikan semua topik diuji secara adil.
✅ Mengaplikasikan konstruk yang tepat: 50% pengingatan, 50% pemikiran.
✅ Meningkatkan kualiti keputusan ujian untuk mencerminkan potensi sebenar murid.
Masih Menyalin Data JSU ke JSI Satu per Satu Secara Manual?
Setiap kali merancang ujian, adakah anda perlu menyalin satu persatu aspek dalam JSU ke Jadual Spesifikasi Item (JSI)? Proses ini bukan sahaja membuang masa, tetapi juga meningkatkan risiko:
⏳ Kerja lambat: Masa berharga anda terbuang untuk proses manual.
❌ Kesilapan manusia: Data tidak tepat akibat ralat semasa menyalin.
📉 Ketidakseimbangan: Item soalan yang dihasilkan mungkin tidak selaras dengan perancangan asal.
✅ Menjana JSI daripada JSU tanpa perlu salin secara manual.
✅ Menghapuskan risiko kesilapan menyalin.
✅ Memastikan soalan selaras dengan konteks, konstruk, dan aras kesukaran item mengikut wajaran yang telah dirancang.
Apa yang pengguna kami katakan tentang SiPantik:
“Menggunakan SiPantik, saya tidak perlu lagi menyalin satu-persatu semua aspek yang telah dirancang dari Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) ke Jadual Spesifikasi Item ( JSI). Sangat menjimatkan masa”
Hasmala binti Basar, SMK Taun Gusi II
Kenapa ANDA Perlu Memiliki
SISTEM PANDUAN SISTEMATIK PENGHASILAN ITEM UJIAN
SiPantik adalah sistem panduan yang sistematik untuk membantu guru meningkatkan kemahiran menghasilkan item ujian yang berkualiti. Dengan SiPantik anda dapat menghasilkan item ujian mengikut garis panduan yang disarankan LP serta boleh menjadikan SiPantik sebagai nota bergerak untuk semua konsep yang berkaitan dalam penghasilan item ujian.
- Mesra Pengguna
- Memudahkan Guru
- Harga Mampu Milik
- Menjana item soalan ke Word
- Meningkatkan Profesionalisme Guru
- Mengurangkan Kos untuk Latihan Guru

Menjamin Kualiti
Soalan yang dihasilkan Adalah selari dengan DSKP, sesuai dengan aspek yang telah dirancang dalam JSU, dan memenuhi 9 aspek item berkualiti. Mengelakkan ketidakuran dalam pembinaan item soalan.

Mengurangkan Tekanan Guru
Guru tidak perlu memikirkan keselarian spesifikasi item soalan secara manual. Pembinaan item ujian menjadi lebih sistematik, teratur dan terkawal.

Sesuai Ujian Mendadak
Boleh menghasilkan ujian yang lengkap dengan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) secara serta-merta untuk keperluan mendesak. Membantu dalam situasi ujian mengejut atau pemantauan prestasi. Item yang telah digubal boleh dijanakan ke fail Word.

Sesuai untuk Pelbagai Mata Pelajaran
Sistem mampu menghasilkan item soalan untuk menguji kognitif bagi semua tahap ujian dan peperiksaan serta pelbagai mata Pelajaran dalam DSKP. Merangkumi pelbagai jenis ujian seperti objektif dan subjektif.
Assalamualaikum dan salam mesra…
Saya telah berada dalam bidang pendidikan lebih dari 20 tahun. Saya mempunyai kepakaran dalam bidang Penilaian dalam Pendidikan. Dengan pengalaman dan pengetahuan ini, saya memahami cabaran yang dihadapi oleh guru untuk menghasilkan item ujian yang berkualiti dan menepati piawaian.
Sistem Panduan Sistematik (SiPantik) memberikan panduan langkah demi langkah untuk membantu dan memudahkan guru sekolah menghasilkan item ujian dengan lebih efisien dan profesional dari pelbagai mata pelajaran serta, mematuhi prinsip penghasilan item ujian seperti yang telah disarankan dan sangat sesuai digunakan diperingkat sekolah.
SiPantik juga membantu guru menjimatkan masa, tenaga, dan memudahkan proses penyediaan item ujian tanpa memerlukan banyak rujukan tambahan. SiPantik ditawarkan pada harga yang berpatutan dan mampu milik oleh semua.
“Setiap item ialah peluang menginspirasi murid mencapai potensi terbaik.”
Maya Ramdan
Video Penggunaan SiPantik
Kenapa Buat Soalan Ujian Selalu Rasa Leceh?
Susah betul bila nak hasilkan item ujian. Kadang-kadang rasa blur, lupa langkah, dan tak tahu nak mula dari mana. Nak pastikan selaras dengan DSKP lagi, kena fikir konteks dan konstruk pula. Penat betul!
Hasilnya? Masa habis lama buat satu soalan, tapi masih rasa tak yakin. Kalau ada cara mudah, kan bagus?
Apa yang pengguna kami katakan tentang SiPantik berkaitan Panduan Langkah Demi Langkah :
“SiPantik mempunyai ciri-ciri panduan langkah demi langkah yang sistematik, membolehkan saya menghasilkan item ujian dengan mudah.”
Lydiana Stephen, SMK Pekan Kota Belud
Tak Siap Item Lagi? Nak Rehat Tapi Risau Nanti Hilang Fokus?
Kadang-kadang tengah buat soalan, otak dah penat. Tapi nak berhenti rehat pun rasa serba salah—takut lupa apa yang dah dibuat atau hilang momentum bila nak sambung semula.
Jangan Risau Lagi!
SiPantik memahami keperluan anda untuk bekerja dengan fleksibiliti. Dengan ciri simpan dan sambung semula, anda boleh:
✅ Berhenti bila-bila masa untuk berehat tanpa risau kehilangan item yang separuh dibina.
✅ Sambung semula dengan mudah, tepat di mana anda berhenti.
✅ Kekalkan fokus dan struktur tanpa perlu mula dari awal.
Apa yang pengguna kami katakan tentang SiPantik Fleksibiliti dalam Pilihan Item :
“SiPantik memudahkan saya membina semula item yang telah saya tinggalkan semasa berehat dengan membuat pilihan Item dari butang yang telah disediakan.”
Alisiah binti Albert, SMK Taun Gusi
Sistem Ini Telah mendapat Sijil Hak Cipta
Item Ujian Saya Berkualiti atau Tidak?
Kadang-kadang kita tertanya-tanya, apa sebenarnya yang dikatakan item ujian berkualiti? Sudah susah payah buat soalan, tetapi adakah ia benar-benar menepati standard? Bagaimana untuk pastikan soalan yang dihasilkan dapat mengukur potensi murid dengan tepat?
Apa yang pengguna kami katakan tentang SiPantik:
“SiPantik memudahkan saya membuat penilaian item dengan mematuhi 9 ciri-ciri dalam Prinsip Penilaian Item.”
Sapina Tinggal, SMK Narinang
Bagaimana Menilai Item KBAT dengan Tepat?
Item berasaskan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) sering menjadi cabaran untuk dihasilkan dan dinilai. Adakah item yang anda hasilkan benar-benar memenuhi kriteria KBAT? Bagaimana memastikan ia mengukur pemikiran kritis dan kreatif murid dengan betul?
✅ Senarai semak penilaian KBAT elemen pemikiran kritis terus dari sistem.
✅ Panduan langkah demi langkah: Nota jelas disediakan untuk memastikan setiap aspek KBAT dipenuhi.
✅ Analisis automatik: Sistem membantu mengesan jika item yang dibina adalah item KBAT atau bukan.
Pelan Harga
Nota : Sila semak emel anda, termasuk di folder ‘Spam’ atau ‘Promotions’. Klik pautan ‘Download’ yang disediakan, dan selepas itu, anda boleh membuka fail yang dimuat turun di komputer anda. Ikuti langkah-langkah yang disertakan dengan teliti. Selamat membaca dan menggunakan SiPantik; semoga bermanfaat!
“Pelan fleksibel, harga berpatutan, ciri lengkap, sesuai untuk semua pengguna.”
Sampel
SiPantik
Khas
Siap bina item dalam JSI, kena copy-paste pula ke Word. Aduh, masa dan tenaga habis begitu saja! Ada tak penyelesaian yang lebih efisyen?
Proses menyalin item dari JSI ke Word memakan masa, membebankan guru, dan meningkatkan risiko kesilapan teknikal serta mengurangkan produktiviti dalam menyiapkan tugasan berkaitan ujian.
✅ Memuat turun soalan dalam dokumen Word untuk dicetak atau disunting.
✅ Memastikan item tersusun rapi.
✅ Menjimatkan masa tanpa perlu menyalin semula secara manual.
"Auto Jana Item ke Word"
Saya percaya fungsi SiPantik yang boleh menjana item ke fail Word akan mendapat perhatian ramai pengguna!
Madzlin Madlasim, SISC+ PPD Tuaran
"Bimbingan SISC+ Lebih Efektif: Memberi Panduan Penghasilan Item yang Mantap!”
Sangat berguna kepada SISC+ ketika melaksanakan bimbingan kepada guru terutama dalam aspek pentaksiran (penyediaan item) sama ada pentaksiran formatif atau pun sumatif. Item yang memenuhi ciri KBAT dan mematuhi JSU dan JSI sangat membantu dalam meningkatkan tahap penguasaan murid.
Mahiri Ruslin, SISC+ PPD Keningau
SESUAI UNTUK ANDA
Kami Sentiasa Berusaha Untuk Memahami Jangkaan Pengguna.
Soalan Lazim
Adakah Anda Ada Lagi Soalan?
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau memerlukan bantuan lanjut, jangan ragu untuk menghubungi kami. Kami sedia membantu anda dengan pantas dan mesra! 😊
+60-198813897
Tinggalkan soalan anda di Whatsapp dan kami akan melayan anda dalam tempoh 24 jam.
Soalan Umum
1. Adakah sistem ini mesra pengguna untuk guru yang tidak mahir teknologi?
Ya, sistem ini direka dengan antara muka yang mesra pengguna. Dengan panduan langkah demi langkah dan susun atur intuitif, sesiapa sahaja, termasuk yang kurang mahir teknologi, boleh menggunakan sistem ini dengan mudah.
2. Bolehkah saya menyesuaikan soalan mengikut keperluan tertentu?
Ya, anda boleh menyesuaikan soalan berdasarkan keperluan anda. Sistem ini membolehkan anda mengubah struktur soalan, konteks, dan tahap kesukaran agar sesuai dengan gaya pengajaran atau fokus ujian anda..
3. Adakah sistem ini membenarkan kolaboratif antara guru?
Ya, sistem ini membolehkan kolaboratif. Guru boleh berkongsi progres, soalan yang telah dibuat, atau jadual spesifikasi ujian dengan rakan sekerja untuk penyelarasan yang lebih baik. Namun guru tersebut perlu juga membeli sistem dari kami untuk mendapatkan License Key.
4. Adakah sistem ini menyediakan laporan analisis selepas ujian?
Tidak! Selepas ujian dijalankan, anda memerlukan sistem lain yang boleh menjana laporan analisis prestasi, seperti analisis item dan penguasaan murid berdasarkan topik atau konstruk. Walaubagaimanapun sistem ini dapat membantu anda untuk mengenal pasti konteks, konstruk dan aras kesukaran yang manakah yang belum dikuasai oleh murid dengan hanya melihat Paparan JSU.
![]()